Sabtu, 9 Mac 2019

RESEPI PAJERI TERUNG

Assalamualaikum semua peminat-peminat Mochi Onna. (acewah acah-acah pulak kita ada peminat) 😉

Okay, hari Sabtu hari tu, Athif belajar memasak dengan mama. Minta mama ajarkan buat Pajeri Terung. Senang ja weh. Hahaha, tulah pasai orang suruh belajaq kan. Okay, mai Athif nak share dengan hampa resepi Pajeri Terung citarasa Bonda 😃

Related image
credit : https://iresipi.com/resepi/pajeri-terung/show

Bahan-bahan kisar:
-Bawang merah besar 1 biji
-Bawang putih 4 ulas
-Sedikit halia
-Serbuk kari (5 sudu) (athifah letak banyak sebab suka pedas) ðŸ™‚
-Sedikit air
Okay, blend semuanya sampai lumat.

Bahan-bahan tumis:
-Suku bawang merah besar
-2 ulas bawang putih
-Sedikit halia
-Kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih & buah pelaga
-Daun kari

Bahan-bahan lain:
-Santan (sukatan athifah, guna setengah biji ja kelapa parut)
-Buah terung (3 biji)
-Kerisik (2 sudu makan)
-Gula
-Garam
-Serbuk perasa

Cara2:
1) Tumiskan semua bahan tumis sampai keperangan
2) Masukkan bahan2 yang dikisar tadi dan kerisik. Masak sampai kering dan pecah minyak. (Jangan tinggal rempah. Nnti hangit. Kerap kacau rempah tadi)
3) Setelah rempah tadi pecah minyak, masukkan santan, terung, gula, garam dan serbuk perasa secukup rasa.
4) Masak sampai empuk dan siap ðŸ˜Š

Rabu, 6 Mac 2019

TIPS KULIT CANTIK

1) Adakah pelembab untuk menaikkan wajah yang jatuh benar-benar berkesan?
    Kebanyakkan pelembab 'lifting' mengandungi retinol dan bahan pelembab seperti hyaluronic acid. ia boleh membantu menaikkan wajah tetapi tidaklah seperti prosedur surgeri facelift.

2) Semakin umur meningkat, semakin banyak bulu pada kawasan muka. Apakah sebabnya dan apakah cara untuk mengatasinya?
    Perkara ini adalah normal dan disebabkan pertukaran hormon. Bulu akan menjadi lebih kasar dan gelap. Rawatan laser adalah paling bagi mengurangkan atau menghilangkan bulu tersebut.

3) Saya mempunyai masalah bawah mata yang sembap disebabkan alergik. Bagaimanakah cara untuk merawatnya?
    Hindari makanan atau alergan terlebih dahulu. Gunakanlah krim pelembab mata yang sejuk.

4) Berapa kerapkah sepatutnya muka dirawat dengan scrub? Adakah scrub mengeringkan kulit muka?
     Rawatan scrub boleh mengeringkan kulit muka. Gunakan scrub seminggu sekali sahaja. Selepas menggunakannya, sapukan pelembab pada kulit.


Rujukan artikel: Majalah ANIS edisi mac2016

KUIH CARA BERGULA

Assalamualaikum, Ok baik. Petang ni Athifah share pulak resepi Kuih Cara Gula 😊 Bahan2: - Tepung Gandum 2cwn - ...