Selasa, 26 Mei 2020

KUIH CARA BERGULA

Assalamualaikum,
Ok baik. Petang ni Athifah share pulak resepi Kuih Cara Gula 😊

Bahan2:
- Tepung Gandum 2cwn
- Air Daun Pandan 2cwn ½
- Telur 1 biji
- Mentega 1 sudu besar
- Garam ⅓ sudu kecil
- Pewarna Hijau (pilihan)
- Gula

Cara2nya:
1) Masukkan kesemua bahan kecuali gula kedalam Blender. Sebatikan sehingga tidak berketul.
2) Panaskan acuan dan sapukan sedikit minyak. Perlahankan api.
3) Tuangkan adunan Cara tunggu sebentar (supaya nnt bila letak gula, adunan Cara x pecah).
4) Apabila Cara nampak agak masak ditepinya, letak gula ditengah. dan tutup acuan dengan tudung periuk.
5) Tunggu sehingga Kuih agak2 garing dibawahnya. Dan angkat 😊

*Sila tunggu kuih sejuk dulu sebelum makan ya. Gula yang panas boleh mengakibatkan lidah melecur 😱

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KUIH CARA BERGULA

Assalamualaikum, Ok baik. Petang ni Athifah share pulak resepi Kuih Cara Gula 😊 Bahan2: - Tepung Gandum 2cwn - ...