Ahad, 6 Oktober 2019

APOM MEKAR

Assalamualaikum dan selamat petang semua.

Maaf lah lama Athifah tak update Blog. Sibuk sikit. huhu.
Ha ni nak kongsi. Semalam abah Athifah nak makan Apom. Jadi Athifah try la resepi dari kak Meyra.. Alhamdulillah menjadi.. Resepi dia mudah sangat. Ni ha resepi Athifah bagi kat hampa. Selamat mencuba nah semua.



APOM MEKAR

-1 mangkuk nasi sejuk + 1/2 ragi (perap semalam) 
-1 cawan gula
-2 cawan air
-2 1/2 cawan tepung beras.

1) Semua di kisar bersama.
2) Perap dlm 2-3 jam
3) Semasa hendak panaskn kukus, masukkn 1 peket kecil eno biru.
4) Kacau2 bg sebati. Kukus dlm 10-15 min.

*Dekat acuan Athifah sapu sikit minyak takut nnt melekat*

SELAMAT MENCUBA

KUIH CARA BERGULA

Assalamualaikum, Ok baik. Petang ni Athifah share pulak resepi Kuih Cara Gula 😊 Bahan2: - Tepung Gandum 2cwn - ...