Selasa, 26 Mei 2020

KUIH CARA BERGULA

Assalamualaikum,
Ok baik. Petang ni Athifah share pulak resepi Kuih Cara Gula 😊

Bahan2:
- Tepung Gandum 2cwn
- Air Daun Pandan 2cwn ½
- Telur 1 biji
- Mentega 1 sudu besar
- Garam ⅓ sudu kecil
- Pewarna Hijau (pilihan)
- Gula

Cara2nya:
1) Masukkan kesemua bahan kecuali gula kedalam Blender. Sebatikan sehingga tidak berketul.
2) Panaskan acuan dan sapukan sedikit minyak. Perlahankan api.
3) Tuangkan adunan Cara tunggu sebentar (supaya nnt bila letak gula, adunan Cara x pecah).
4) Apabila Cara nampak agak masak ditepinya, letak gula ditengah. dan tutup acuan dengan tudung periuk.
5) Tunggu sehingga Kuih agak2 garing dibawahnya. Dan angkat 😊

*Sila tunggu kuih sejuk dulu sebelum makan ya. Gula yang panas boleh mengakibatkan lidah melecur 😱

Kuih Cek Mek Molek

Assalamualaikum 😇😘
CEK MEK MOLEK namanya. Kuih ni, antara kegemaran Athifah tau. Pertama kali makan masa study kat Kelantan dulu.

Bahan2:
-2 cawan ubi keledek penyek (siap direbus empuk bersama sedikit garam)
-5 sudu besar tepung gandum
-Gula Putih
-Minyak (untuk dioles di tapak tangan)

Cara2nya:
1) Rebus ubi keledek bersama garam sehingga empuk. Setelah ubi sedikit sejuk, lenyek sehingga halus.
2) Gaulkan ubi tersebut bersama tepung gandum sehingga sebati.
3) Setelah itu, oleskan minyak ditapak tangan agar adunan tepung td tidak melekat di tangan.
4) Leperkan adunan di tapak tangan (jangan terlalu nipis, nnt gula keluar) dan letak gula ditengahnya. Cantumkan dengan rapi dan bentukkan menjadi ala2 ubi.
5) Tabur diatas talam untuk meletak kuih ini dengan tepung agar tidak melekat.
6) Panaskan minyak dan goreng dengan api sederhana sehingga sedikit garing dan keperangan. Angkat dan toskan minyak.
7) Siap dan sedia dihidangkan.

SELAMAT MENCUBA 😊

P/s: sama seperti kuih cara, makan apabila kuih ini sejuk.

Ahad, 6 Oktober 2019

APOM MEKAR

Assalamualaikum dan selamat petang semua.

Maaf lah lama Athifah tak update Blog. Sibuk sikit. huhu.
Ha ni nak kongsi. Semalam abah Athifah nak makan Apom. Jadi Athifah try la resepi dari kak Meyra.. Alhamdulillah menjadi.. Resepi dia mudah sangat. Ni ha resepi Athifah bagi kat hampa. Selamat mencuba nah semua.



APOM MEKAR

-1 mangkuk nasi sejuk + 1/2 ragi (perap semalam) 
-1 cawan gula
-2 cawan air
-2 1/2 cawan tepung beras.

1) Semua di kisar bersama.
2) Perap dlm 2-3 jam
3) Semasa hendak panaskn kukus, masukkn 1 peket kecil eno biru.
4) Kacau2 bg sebati. Kukus dlm 10-15 min.

*Dekat acuan Athifah sapu sikit minyak takut nnt melekat*

SELAMAT MENCUBA

Ahad, 21 April 2019

BUNGA DAN KUMBANG

Assalamualaikum dan selamat pagi semua 😍 Sihat ka? Dah lama dah Cik Athifah tak menjenguk blog ni. huhu. Al-maklumlah sibuk sekarang ni. Semalam lepas balik kerja, mama ada habaq kat Cik Athifah yang bunga Mawar dia dah berkembang, kali pertama pulak tu. Meh Athif nak belanja sikit gambar semalam.



Cantik tak? Okaylah, Athif nak sambung buat kerja. Nanti Athifah jenguk semula nah. Babai

Sabtu, 9 Mac 2019

RESEPI PAJERI TERUNG

Assalamualaikum semua peminat-peminat Mochi Onna. (acewah acah-acah pulak kita ada peminat) 😉

Okay, hari Sabtu hari tu, Athif belajar memasak dengan mama. Minta mama ajarkan buat Pajeri Terung. Senang ja weh. Hahaha, tulah pasai orang suruh belajaq kan. Okay, mai Athif nak share dengan hampa resepi Pajeri Terung citarasa Bonda 😃

Related image
credit : https://iresipi.com/resepi/pajeri-terung/show

Bahan-bahan kisar:
-Bawang merah besar 1 biji
-Bawang putih 4 ulas
-Sedikit halia
-Serbuk kari (5 sudu) (athifah letak banyak sebab suka pedas) 🙂
-Sedikit air
Okay, blend semuanya sampai lumat.

Bahan-bahan tumis:
-Suku bawang merah besar
-2 ulas bawang putih
-Sedikit halia
-Kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih & buah pelaga
-Daun kari

Bahan-bahan lain:
-Santan (sukatan athifah, guna setengah biji ja kelapa parut)
-Buah terung (3 biji)
-Kerisik (2 sudu makan)
-Gula
-Garam
-Serbuk perasa

Cara2:
1) Tumiskan semua bahan tumis sampai keperangan
2) Masukkan bahan2 yang dikisar tadi dan kerisik. Masak sampai kering dan pecah minyak. (Jangan tinggal rempah. Nnti hangit. Kerap kacau rempah tadi)
3) Setelah rempah tadi pecah minyak, masukkan santan, terung, gula, garam dan serbuk perasa secukup rasa.
4) Masak sampai empuk dan siap 😊

Rabu, 6 Mac 2019

TIPS KULIT CANTIK

1) Adakah pelembab untuk menaikkan wajah yang jatuh benar-benar berkesan?
    Kebanyakkan pelembab 'lifting' mengandungi retinol dan bahan pelembab seperti hyaluronic acid. ia boleh membantu menaikkan wajah tetapi tidaklah seperti prosedur surgeri facelift.

2) Semakin umur meningkat, semakin banyak bulu pada kawasan muka. Apakah sebabnya dan apakah cara untuk mengatasinya?
    Perkara ini adalah normal dan disebabkan pertukaran hormon. Bulu akan menjadi lebih kasar dan gelap. Rawatan laser adalah paling bagi mengurangkan atau menghilangkan bulu tersebut.

3) Saya mempunyai masalah bawah mata yang sembap disebabkan alergik. Bagaimanakah cara untuk merawatnya?
    Hindari makanan atau alergan terlebih dahulu. Gunakanlah krim pelembab mata yang sejuk.

4) Berapa kerapkah sepatutnya muka dirawat dengan scrub? Adakah scrub mengeringkan kulit muka?
     Rawatan scrub boleh mengeringkan kulit muka. Gunakan scrub seminggu sekali sahaja. Selepas menggunakannya, sapukan pelembab pada kulit.


Rujukan artikel: Majalah ANIS edisi mac2016

Rabu, 16 Januari 2019

A LETTER FOR THOSE WHO ARE STILL LOOKING FOR LOVE





This is what we call no mate.
When we like someone, but he already have a lover, then marry her.
It's quite painful. But we need to move on and believe in fate.
There are must be a reason why Allah destined him not for you.
Because there are someone that Allah prepare for you till Jannah.

For man, practice this Du'a:


For womanpractice this Du'a:

I write this letter with lot of love for you who still looking for forever love.
May Allah find you with the right person for you

KUIH CARA BERGULA

Assalamualaikum, Ok baik. Petang ni Athifah share pulak resepi Kuih Cara Gula 😊 Bahan2: - Tepung Gandum 2cwn - ...