Ahad, 23 September 2018

MUNAFIK 2

(REUPLOAD)

Assalamualaikum semua, apa khabar.

Ya Allah, rindunya sis dekat korang semua. Lama dah kan sis tak update blog ni. Maaf sangat-sangat. Bukan apa, sis sibuk lah mencari duit lebih lah katakan 😆

Okay, okay. Hari ni sis nak share kat korang pasal Filem Tempatan kita yang meletop untuk Tahun 2018 ni. Tak lain tak bukan, MUNAFIK 2 arahan Syamsul Yusof. Apa yang sis boleh katakan, memang TERBAIK lah Filem ni...

Apa yang terbaik dalam filem ni? Meh sini nak habaq serba sedikit pasal pengajaran filem ni. Story line tak boleh lah nak habaq pasai filem ni tak habih lagi tayang dekat panggung. So tak boleh lah bagi spoiler okay 😉

Pengajaran-pengajaran dalam filem Munafik 2:

1) Sentiasalah yakin pada Allah swt bahawa Allah lah Tuhan yang Esa, yang memberi segala kelebihan dan kenikmatan diatas muka bumi.

2) Jangan memperlakukan syirik. Syirik tidak semestinya pada perbuatan sahaja, niat dan perkataan juga boleh jatuh syirik jika kita bergantung selain daripada Allah swt.

3) Sahabat itu kadang-kadang boleh menjadi duri dalam daging apabila telah tergugat imannya. Bilamana perasaan hasad dengki mulai muncul dalam diri.

4) Mengenali sifat-sifat orang yang munafik iaitu:
    - Bercakap bohong
    - Memungkiri janji
    - Tidak menunaikan amanah

5) Jin dan Syaitan adalah musuh kepada orang Mu'min dan janganlah sesekali kita menerima pertolongan daripada mereka. Kerana perlahan-lahan mereka akan menyesatkan umat Islam.

6) Tiada lagi utusan Allah selepas Nabi Muhammad saw.

7) Ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw adalah yang paling benar dan tiada lagi selaiinnya.

8) Berguru lah dengan orang-orang yang soleh dan jangan beramal dengan hadis-hadis Do'if.

9) Berjihad di dalam Islam dengan hati yang ikhlas.

10) Setiap ujian yang Allah berikan mempunyai hikmah tersendiri.


Baiklah, ini saja yang sis boleh bagi review. Kalau hampa nak tau selebihnya, hampa kena la pi tengok sendiri dekat pawagam nah..

Bintang yang sis boleh bagi dekat Munafik ni ⭐⭐⭐⭐⭐(5/5) memang terbaik. Tak membazir duit hampa pun okay.

Okay bye kesayangan semua😘

UJIAN

(reupload)

Apa guna ujian dibuat seandainya ianya diberitahu terlebih dahulu. sebagai pelajar, hidup kita perlu sentiasa dipenuhi dengan ilmu.

Begitulah juga dengan ujian yang Allah beri kepada kita. Ujian ini lagi dahsyat. Kita langsung tak tahu bila tarikh, hari, masa dan saat dia akan datang menerpa... Apabila diri kita tidak prepare dengan amalan, kekuatan iman, belum tentu kita akan dapat hadapinya. 

Namun, harus kau ingat! Allah beri ujian kepada hamba-Nya berdasarkan kemampuan hamba tersebut.

So, always positive dengan apa yang datang menerpa. Kerana itu akan membuatkan kau menjadi hamba yang Super Dahsyat. Mampu menghadapi segala rintangan dengan berbekalkan keimanan dan ketaatan.

ORIGAMI BUNGA 3D (3D FLOWER)

(reupload)

Assalamualaikum semua,

Hurm dah lama Athifah tak update blog ni.. Sibuk sangat.. Okaylah, hari ni Athifah ada cuba satu benda ni. Lebih kurang origami la, iaitu Bunga 3D. Ni langkah- langkah dia.. Athifah post ni supaya bermanfaat untuk hampa semua. Kot- kot nak cuba jugak kan.. Ok lah, SELAMAT MENCUBA ya.

KUCING DAN SEORANG MAKCIK

(reupload)


Petang tadi sekitar pukol 7p.m aku berjalan pulang Dari kolej teknologi darul naim menuju ke Rumah.. Setibanya aku di kedai Siam, aku terlihat Seorang perempuan berjalan. Dia kelihatan seperti nak rebah. Aku pun mengekorinya dan bertanya, "Assalamualaikum makcik, boleh saya Tolong pegangkan barang?". Tapi sebenarnya makcik tadi adalah seorang OKU. Kesian bila melihat makcik tu. Tapi makcik kata OK dan bertanya, "Adik dari mana?" Aku pun menjawab, "Dari kolej nak balik Rumah". Kami bersembang sehinggalah dia sampai ke destinasinya.
Selepas daripada itu, aku meneruskan perjalanan Ku untuk pulang ke Rumah. Tiba2 aku terlihat seekor kucing yang terbaring di Atas jalan. Tapi ia Bukan tidur Tapi ia telah pun Mati dilanggar kereta. Bila aku hampiri, rupa2nya kucing tu adalah kucing yang Selalu Ku bermain. Sayu hati rasa, Jadi aku pun mengalihkan bangkai kucing tersebut.
Aku x mampu nak menolong lebih dan hanya itu yang aku mampu..


HAMTARO

Sumber gambar :
 https://vignette.wikia.nocookie.net/hamtaro/images/1/1d/HamtaroN.png/revision/latest?cb=20150928215408
Petang y hening, kawan2 pakat tidoq habih dah.  Tinggal aq ja y masih bercekang mata, punyalah boring aq muka menekan butang kiri tertikus aq dan nenyemak anime y ada dlm laptop. 
Jeng2
Aaaaaa!!!!(jerit aq)
"Ada cerita hamtaro rupanya aq ni...
Nak kena tengok lah.."
Bila dah tengok terasa nostalgia la pulak.. Dulu time kecik2 Abah selalu belikan aq buku warna hamtaroo..
Huhuhu rinduku zaman budak :-)

KUIH CARA BERGULA

Assalamualaikum, Ok baik. Petang ni Athifah share pulak resepi Kuih Cara Gula 😊 Bahan2: - Tepung Gandum 2cwn - ...