Ahad, 23 September 2018

MUNAFIK 2

(REUPLOAD)

Assalamualaikum semua, apa khabar.

Ya Allah, rindunya sis dekat korang semua. Lama dah kan sis tak update blog ni. Maaf sangat-sangat. Bukan apa, sis sibuk lah mencari duit lebih lah katakan 😆

Okay, okay. Hari ni sis nak share kat korang pasal Filem Tempatan kita yang meletop untuk Tahun 2018 ni. Tak lain tak bukan, MUNAFIK 2 arahan Syamsul Yusof. Apa yang sis boleh katakan, memang TERBAIK lah Filem ni...

Apa yang terbaik dalam filem ni? Meh sini nak habaq serba sedikit pasal pengajaran filem ni. Story line tak boleh lah nak habaq pasai filem ni tak habih lagi tayang dekat panggung. So tak boleh lah bagi spoiler okay 😉

Pengajaran-pengajaran dalam filem Munafik 2:

1) Sentiasalah yakin pada Allah swt bahawa Allah lah Tuhan yang Esa, yang memberi segala kelebihan dan kenikmatan diatas muka bumi.

2) Jangan memperlakukan syirik. Syirik tidak semestinya pada perbuatan sahaja, niat dan perkataan juga boleh jatuh syirik jika kita bergantung selain daripada Allah swt.

3) Sahabat itu kadang-kadang boleh menjadi duri dalam daging apabila telah tergugat imannya. Bilamana perasaan hasad dengki mulai muncul dalam diri.

4) Mengenali sifat-sifat orang yang munafik iaitu:
    - Bercakap bohong
    - Memungkiri janji
    - Tidak menunaikan amanah

5) Jin dan Syaitan adalah musuh kepada orang Mu'min dan janganlah sesekali kita menerima pertolongan daripada mereka. Kerana perlahan-lahan mereka akan menyesatkan umat Islam.

6) Tiada lagi utusan Allah selepas Nabi Muhammad saw.

7) Ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw adalah yang paling benar dan tiada lagi selaiinnya.

8) Berguru lah dengan orang-orang yang soleh dan jangan beramal dengan hadis-hadis Do'if.

9) Berjihad di dalam Islam dengan hati yang ikhlas.

10) Setiap ujian yang Allah berikan mempunyai hikmah tersendiri.


Baiklah, ini saja yang sis boleh bagi review. Kalau hampa nak tau selebihnya, hampa kena la pi tengok sendiri dekat pawagam nah..

Bintang yang sis boleh bagi dekat Munafik ni ⭐⭐⭐⭐⭐(5/5) memang terbaik. Tak membazir duit hampa pun okay.

Okay bye kesayangan semua😘

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KUIH CARA BERGULA

Assalamualaikum, Ok baik. Petang ni Athifah share pulak resepi Kuih Cara Gula 😊 Bahan2: - Tepung Gandum 2cwn - ...